Episode 50 : Earthquake!

Monday, June 16, 2014


 

Saya ni memang jenis tidur lambat. Tak reti nak tidur awal. Ngeee...
Jadi, disebabkan subuh dekat sini pun awal, saya akan berjaga sampai subuh which is pukul 2:25 pagi. Sebab kalau saya tidur pukul 12am, potensi untuk terus tidur dan tidak subuh adalah tinggi sebab syuruk dekat sini pukul 4:17 pagi, which is baru pukul 3:17pagi waktu Malaysia.. 

Sekarang musim World Cup kan? Tapi, saya tak layan world cup. Gomen ne..
Ha! Pasal tajuk tu.
Pagi tadi earthquake! Kuat gak r. Tengah sedap-sedap tidur, rasa katil macam digegar-gegarkan orang. Tengah best-best mimpi, berlari keluar dari mimpi dan celik di dunia nyata. Tapi sebab tak dengar bunyi siren kecemasan di mana-mana, saya tidak menggagahkan diri untuk bangun. Dang!

 

Kan saya cakap yang saya tidur lambat. Itupun, gegaran pertama saya dah tak sedar sebab baru je masuk fasa deep sleep. Gegaran kedua tu, memang agak kuat jugalah dan agak lama pada firasat saya. Bila lama tu, maksudnya more than a seconds. Tapi idaklah sampai an hour bagai kan?. Maybe 2-3 minutes?

Lebih kurang gitulah.
Lepas dah tak ada gegaran lagi, saya cubalah untuk kembali tidur. Walaupun di luar sudah kesiangan, tapi saya masih kemengantukkan. Baru nak pejam mata terasa-rasa macam katil bergoyang. Hahahaha... Cenggana tu?? Lepas tu, elok nak lena lagi sekali tetiba dengar mak cik-mak cik dekat luar dok bertegur sapa kot. Rasanya diorang keluar jogging. Rajin nihonji ni. Saya buat kuak lentang je. Hahaha...

Ok. Dah, sambung buat kerja.  
 





0 comments: